nuffnang

Pages

Isnin, 31 Januari 2011

PUSARA KASIH

Matikan Daku Hidupkan Aku Dalam Kalimah

di bawah lambaian pohon selasih
di lingkung alam samar redup 
di sana kiranya wahai kasih
tempat di raahan di akhir hidup 

sunyi dusun sejak kau tinggalkan 
sepi tepian sejak kau pergi 
rumput bersusun ketengah laman
alam keliling berhiba hati

betun yang nampak lambai di hulu
kini dah terbang ke tepian
kampung yang nampak ramai dahulu 
kini hanya dah tinggal kenangan

sentara daku menutup mata
pinta ku tuhan mohon sampaikan 
agar jasadku di bawa serta 
pusara kasih mohon rangkaikan 
mohon siramkan setitik air 
taburkan atasnya bunga rampai 

pahat dan nisan serangkum syair 
keluh pujangga kasih tak sampai 
di bawah lambaian pohon selasih 
di lingkung alam samar redup 
di sana kiranya wahai kasih 
tempat di raahan di akhir hidup. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut