Syahiddullah |
walau pun kita akan berpisah
kerana masa cukup bilangan
ku harap engkau tidak gelisah
dan tidak merasa kehilangan
lepaslah daku pergi melangkah
mohon daku doa restu Mu
maafkan daku mana yang salah
di lain masa bertemu
selamat tinggal teman dahulu
juga handai serta sahabat
semua akan damai selalu
luka ku bawa dapat terubat
biarlah segala kegelisahan
bersama ratap tangis semua
menambah indahnya perpisahan
dan mesranya masa bersua
andai terdengar hamba tak pulang
hilang lenyap tidak kembali
jenguk pusara taburkan kembang
walau setahun hanya sekali
Bersatu menentang pemerintah yang zalim. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan