Dulu 4 Kubah Yang Mengelilingi Kaabah Adalah Menara Yang Tertinggi. Sekarang Menara Jam? |
Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam didunia terbesar sehingga menyempurnakan maksud hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam video dibawah- (http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/11/26/jam-mekah-adalah-jam-ke-10-terbesar-di-dunia-sebagai-kiamat/)
By Greenboc
Ketika jutaan bakal jemaah di seluruh dunia sedang dalam perjalanan menuju ke tanah suci kota Makkah, 820 bakal jemaah haji Singapura yang sudah hampir setahun membuat persiapan untuk ke sana, terpaksa memendamkan dulu niat mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah haji tahun ini.
September lalu, apabila tersiar laporan berita kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota bagi jemaah haji Singapura kepada 2,180 jemaah sahaja, mereka yang terjejas begitu terkejut, sedih dan hampa.
Namun, berita sedih ini bukan melibatkan jemaah Singapura saja, malah menurut laporan akhbar Berita Harian, ia juga menjejas bakal jemaah dari seluruh dunia. Ini disebabkan kerja-kerja pembangunan prasarana yang rancak dijalankan di Makkah ketika ini. Berita terkini ialah fasa pertama pembinaan landasan monorel yang menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi melancarkan pergerakan jemaah haji akan dimulakan Disember ini sebaik musim haji berakhir.
Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit, bak sardin disumbat dalam tin, ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Setiap tahun umat Islam berdoa agar tidak akan berulang insiden yang meragut nyawa ratusan jemaah.
Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah amat dialu-alukan. Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiff any, H&M dan Topshop.
Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam.
Pusat membeli-belah ini, yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion ($20 bilion). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang.
Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal merubah wajah kota Makkah.
HARGA PEMBANGUNAN
Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang menganggap ia satu kemajuan.
Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, ditukil sebagai berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen."
Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram?
Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton.
Ia satu perkara yang aneh, katanya.
Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak, katanya.
PERUBAHAN DRAMATIK
Berdekatan Jabal Omar, seluruh bukit itu diratakan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks dan hotel pencakar langit. Di mana-mana tedapat kren pembinaan dengan 130 menara baru yang dirancang di kawasan itu.
"Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi.
"Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan.
Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Sami Angawi, arkitek Saudi. "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya.
Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara.
Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan.
Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik.
Ia menunjukan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. "Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang, kata Encik Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi)."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan