nuffnang

Pages

Memaparkan catatan dengan label Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rakyat. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2010

SETAN MELAYU AHLI BARU BARISAN NASIONAL

Ini Baru Betul-Betul Maha Agong Maha Raja


Selepas Badan Kehakiman,Polis DiRaja Malaysia,Suruhanjaya Pilihanraya dan Parti Mamak KIMMA menyusul pula Parti Istana sebagai ahli baru dalam Barisan Nasional.Sultan atau Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama kepada rakyat di negeri masing-masing. 

Ketua nak jadi tapi Agama tolak tepi.
Adakah ini ciri-ciri pemimpin Agama Islam?
Layak ke jadi pemimpin?
Mana pergi Ulamak?
Dah jadi ular dalam semak ke?

Mkini juga menyiarkan satu kenyataan kenyataan dari Dr. Aziz Bari

“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi. - MI

Boleh tak sekiranya Sultan atau raja-raja Melayu ini berkecuali dan berlaku adil dalam menjalankan tugas yang di amanahkan oleh Allah SWT dengan cara meletakkan mereka semua di tempat mereka sekarang. Tak berasa malu ke pada Malaikat yang menulis amal baik dan buruk kita.Malu pada Allah SWT jauh sekali.

Sedarlah diri yang Sultan atau Raja-Raja Melayu tetap akan di soal dalam kubur tanpa kecuali.Apabila berada di dalam kubur tiada lagi payung kuning atau karpet kuning atau pulut kuning yang dapat menolong diri kecuali diri menolong diri.

Jangan suka di sanjung-sanjuung
Engkau di gelar manusia agung
Sedarlah diri nasib dihitung
Sebelum keranda akan di usung.

sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.


Jumaat, 17 Disember 2010

REGISTER AS A VOTER NOW.

YOU CANNOT
VOTE
THIS THIEF
OUT
UNLESS YOU
ARE
A REGISTERED
VOTER.
GET REGISTERED
NOW!
IT CAN BE
TOO LATE
IF YOU
THINK IT
IS STILL
EARLY.
YOU DELAY,YOU REGRET.

Khamis, 16 Disember 2010

HARGA TOL NAIK 50%.

Thursday, December 16, 2010

 

"Plus Baru" dijangka ubah landskap lebuh raya bertol

Tarikh 23 Disember adalah penting bagi pemegang saham PLUS Expressways Bhd berikutan mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan untuk mengundi mengenai tawaran bersama oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengambil alih penggendali lebuh raya terbesar itu.
Pada harga RM4.60 satu saham, pembida telah menilai PLUS pada RM23 bilion. Keputusan untuk menjadikan PLUS hak milik persendirian telah dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bajet 2011 di mana beliau mengumumkan pembekuan peningkatan kadar tol di empat lebuh raya yang dimiliki PLUS selama lima tahun lagi.

Ini membawa kepada kerjasama antara UEM Group dan KWSP untuk membeli lebih banyak saham kerana kedua-duanya telah bersama-sama memiliki 67.5 peratus saham PLUS, yang memerlukan pembida bersama itu mengumpul lebih RM11 bilion bagi urusniaga itu.

Urusniaga tersebut akan menjadi kenyataan jika majoriti ringkas daripada baki 32.55 peratus pemegang saham mengundi untuk tawaran itu. Apa yang dinantikan oleh pemerhati industri adalah pusingan rundingan semula konsesi itu antara "PLUS Baharu" dan kerajaan, yang mana keputusannya akan
menjadi templat induk baharu untuk dilaksanakan ke atas lain-lain pemegang konsesi.

"Kerajaan harus mengubah model-model penswastaan lepas untuk memenuhi realiti sosio ekonomi dan politik, keperluan dan harapan terkini apabila peningkatan kadar tol atau pampasan dari kerajaan kepada pemegang-pemegang konsesi tidak lagi dapat ditahan.

"Penstrukturan semula sekarang yang didorong oleh pasaran menandakan perubahan, kerana sebelum ini kerajaan telah memberi pampasan kepada penggendali yang kemudiannya melanjutkan tempoh konsesi sebagai ganti untuk mengekalkan kadar tol," kata Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd.

Beliau berkata satu perjanjian konsesi baharu dijangka mengiringi perubahan pemilikan yang akan melihat mekanisme kadar tol yang lebih adil yang boleh diterima oleh semua pemegang saham.

"Turut penting, ia tidak akan menyebabkan kemerosotan pada kualiti perkhidmatan," kata Dr Yeah.

Ketua industri menganggap model perniagaan sekarang tidak sesuai bagi jangka masa panjang berikutan pengetatan dasar fiskal, seperti juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang dilaporkan oleh media pada Oktober sebagai berkata bahawa PLUS tidak boleh diberikan pampasan.

"Dengan konsesi sekarang dirunding semula berikutan pembelian PLUS oleh UEM Group dan KWSP, kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS," katanya.

Menyatakan analisanya terhadap perkembangan semasa, ketua eksekutif FA Securities, Zakie Ahmad Shariff, berkata, "Pemilik baharu PLUS harus merunding semula perjanjian konsesi induk kerana kerajaan telah berkata bahawa tidak akan ada lagi apa-apa bentuk pampasan.

“Ini adalah peluang bagi kerajaan mengubah semula konsesi tol yang dianggap oleh banyak pihak sebagai berat sebelah. Tetapi kerajaan harus mengambil pendekatan bertolak ansur dengan "pemegang konsesi baharu" kerana mereka sendiri berkait rapat dengan kerajaan."

Sementara menunggu perjanjian konsesi baharu disiapkan, apa yang jelas ialah kandungan perjanjian baharu akan memberi pembaharuan dengan tidak menyertakan apa-apa bentuk pampasan, kadar peningkatan tol yang lebih kecil dan tempoh yang lebih lama antara kenaikan.

Dengan kerajaan berkata tidak akan ada pampasan dan tekanan untuk mengurangkan kadar tol, apakah kedudukan pemegang saham minoriti PLUS?

Memandangkan ketidaktentuan ini, penganalisa berkata tidak ada tarikan untuk terus memegang saham PLUS, dengan banyak syarikat pelaburan menggesa pemegang minoriti untuk menerima tawaran tersebut.

Mengenai harga tawaran RM4.60 yang membolehkan mereka mendapat keuntungan besar, penganalisa berkata pemegang minoriti mendapat keuntungan sehingga 30 peratus yang dianggap menarik melihat kepada ketidaktentuan masa depan konsesi itu.

Penganalisa Hoy Ken Mak dari AmResearch berkata tawaran RM4.60 dianggap adil kerana ia hanya kurang sedikit daripada nilai adil RM4.72. “Harga dagangan akhir PLUS iaitu RM4.46 adalah harga penutup tertinggi saham itu," katanya

Ahad, 5 Disember 2010

AIR boleh membunuh.

Anak Sungai Derhaka: Video : Sekitar Demo Air..

AIR DAN TANAH MILIK SIAPA?

Posted by Love Perak | Sunday, December 05, 2010 | 1 comments »


MENARIK! Rakyat terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, latar belakang dan usia hadiri demo bantah SYABAS..mereka sedikit pun tidak gentar dengan amaran dan gertakan dari pihak kerajaan (Umno) dan polis...kalau pro Umno dibenarkan berdemo dan berarak Jumaat lepas, kami juga boleh berdemo!!...syabas!



































Jumaat, 3 Disember 2010

RAKYAT UNTUK NEGARA

PKNS batal hasrat bina pangsapuri RM180,000 tetapi akan bina rumah mampu milik generasi baru di Kg. Seri Temenggong.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina pangsapuri mampu milik di tapak Kg. Seri Temenggung, Gombak.
Menurut perancangan asal PKNS, mereka akan membina 270 unit pangsapuri dengan harga sekitar RM180,000 sebuah. Walau bagaimanapun memandangkan keperluan perumahan mendesak bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana, PKNS akan membina pangsapuri mampu milik dengan harga tidak lebih dari RM70,000 dan keluasan tidak kurang dari 800 kaki persegi.

Sekurang-kurangnya 500 pangsapuri akan dibina di atas tanah seluas lebih kurang 10 ekar itu.Projek pangsapuri ini merupakan sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan untuk memperkenalkan rumah mampu milik generasi baru.

PKNS juga terlibat di dalam projek 125 unit pangsapuri mampu milik di Bandar Baru Bangi yang akan dilancarkan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor pada akhir bulan Disember ini.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
1 Disember 2010

Copy from blog Direct Free Kick
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut