Ini Baru Betul-Betul Maha Agong Maha Raja |
Ketua nak jadi tapi Agama tolak tepi.
Adakah ini ciri-ciri pemimpin Agama Islam?
Layak ke jadi pemimpin?
Mana pergi Ulamak?
Dah jadi ular dalam semak ke?
Mkini juga menyiarkan satu kenyataan kenyataan dari Dr. Aziz Bari
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.
Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.
Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.
Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.
“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi. - MI
Boleh tak sekiranya Sultan atau raja-raja Melayu ini berkecuali dan berlaku adil dalam menjalankan tugas yang di amanahkan oleh Allah SWT dengan cara meletakkan mereka semua di tempat mereka sekarang. Tak berasa malu ke pada Malaikat yang menulis amal baik dan buruk kita.Malu pada Allah SWT jauh sekali.
Sedarlah diri yang Sultan atau Raja-Raja Melayu tetap akan di soal dalam kubur tanpa kecuali.Apabila berada di dalam kubur tiada lagi payung kuning atau karpet kuning atau pulut kuning yang dapat menolong diri kecuali diri menolong diri.
Jangan suka di sanjung-sanjuung
Engkau di gelar manusia agung
Sedarlah diri nasib dihitung
Sebelum keranda akan di usung.
sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan