nuffnang

Pages

Memaparkan catatan dengan label bengong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bengong. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

MEREKA SANGKA MEREKA NABI.


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Ingat lebih mulia dari sultan!!! Nanti puak-puak ini marahkan Dr Asri pula.

Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR, Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”. Kalau dah gila Umno, boleh sasau dan gila babi dibuatnya. Inilah yang berlaku kepada Gaps dan Perkasa.

Betul Dr! Puak-puak ni bengong dan berfikir menggunakan kepala lutut. Puak-puak ingat hanya mereka yang taat, orang-orang lain semuanya derhaka dan patut dihukum gantung. Puak-puak bengong ini jugalah yang menjadikan sultan sebagai jalan terakhir mereka, boneka mereka.

Beruk yang dilepaskan tuan, hanya mencari tuan apabila lapar. Mencari makan sendiri dah tak mampu. Alahai beruk!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut