MELAYU
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
source: cenangau
PUISI BISA nukilan Tokoh Sasterawan Melayu ISLAM
Peludah Warna Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A Samad Said
Memaparkan catatan dengan label Bangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangsa. Papar semua catatan
Sabtu, 9 Julai 2011
Khamis, 2 Disember 2010
KEPADA YANG BENAR2 WARIS DAN YANG MENGAKU ANAK PATTANI
Posted on the December 2nd, 2010 under Agama by admin
Kongsi Maklumat ini di FB wahai saudara2 seagama ku sekelian…………..lupa kah kalian akan penderitaan saudara2 seagama kita di Pattani…Virus Tidakpedulisme
Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?
Sejak Nov hingga Dis 2009 dan Jan 2010, 10 kes pembunuhan orang awam telah berlaku. Ini bermakna, mengikut perkiraan mudah, satu pembunuhan setiap minggu. Sasaran adalah guru sekolah tadika, imam, bilal, ketua kampung dan penghulu…
1.PATTANI – Pada 21/7/2010 jam lebih kurang 6.30 pagi waktu Thai, sebuah kenderaan yang tidak dikenali telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang awam dengan senjata M16, di Kampung Bukit Lungor, Mukim Bothong, Daerah Nongcik, Wilayah Pattani. Seorang lelaki bernama Abdul Rahman bin Aweaderes, 33 tahun telah mati di tempat kejadian.
Anggota keluarga Abdul Rahman sedang meratapi kematianya
telah ditembak oleh orang yang tidak dikenail menggunakan kereta
bercermin gelap .. 8 das tembakan menggunakan senjata M16 ketika
Abdul Rahman sedang menunggang basikal .. 3 hari sebelum kejadian
kereta tersebut sering berlegar-legar di hadapan rumah mereka …
inilah realiti dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat melayu Islam
Pattani yang sentiasa hidup dalam tekanan di negara mereka sendiri
Sebelum berlaku peristiwa tersebut, menurut kata ibunya, Abdul Rahman pernah dipanggil oleh pehak tentera melalui ketua kampong dan sering kali pihak tentera membuat kepungan di sekeliling rumahnya. Tentera tidak dapat menemui Abdul Rahaman sebab ia keluar bekerja. Sebelum kejadian ini berlaku dalam 2 atau 3 hari sudah, terdapat sebuah kenderaan bercermin gelap sering terulang-alik di hadapan rumah Abdul Rahman.
Kes tembak guru Mahad Bithat Ad-Diniyah Yala.
YALA,7Jun 2010 – Seorang ustaz ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali pada petang 6 Jun 2010. Arwah bernama Daramae Dakek, 51 tahun merupakan seorang guru di Mahad Al Falah Al Islami, juga bekas guru Mahad Bithat Ad-Diniyah Yala. Kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika arwah sedang menaiki motor di jalan raya di antara Kg Talingshan dan Kg Lingek, Mukim Bannangsata, Daerah Bannangsata, Yala.
Pertempuran di Kampung Slow
KAMPUNG SLOW, 19 Mei 2010 – Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).
Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).
KES LONTARAN BOM KE MASJID KAMPUNG TEBING TELUBAN (SAIBURI) PATANI
KECEDERAAN ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA
KESAN TAPAK KASUT LELAKI YANG MENAIKI MOTOSIKAL
SEMASA MELONTAR BOM KE MASJID – BOLEH KITA NILAI
SIAPA YANG SERING MEMAKAI KASUT INI
wanita pattani
Pembunuhan Kejam Di Masjid Al-Furqan, Yala 2009 – 11 orang terkorban-mangsa2 sedang solat ketika itu
Jawari Rusdi (anak Yatim)
Ayah suruh saya dan adik pergi ke rumah jiran ketika askar-askar itu datang ke rumah saya. Lalu saya dan adik berlari-lari keluar dari rumah. Kami dengar bunyi tembakan dan jeritan ayah. Apabila askar-askar pergi, saya kembali ke rumah. Saya lihat ayah sudah tidak bernyawa lagi. Lehernyanya dicekik dan darah mengalir membasahi tubuh dari kesan-kesan kelaran, cerita Jawari Rusdi, 11 tahun. Gadis kecil itu cukup tenang saat memutarkan kembali pita ingatan terhadap peristiwa pilu itu.
PENOREH GETAH DITEMBAK DI TANJUNG LIMA
Keadaannya sangat parah akibat kena peluru di dada kiri dan dibawa ke Hospital Ranget. Oleh kerana keadaannya sangat parah di bawa pula ke Hospital Narathiwat Rachnakharin untuk rawatan lanjut.
Sebelum itu pada 19 April, jam lebih kurang 7.30 malam ada dua orang bawa motorsikal menghamiri Muhammad Nasir Ma’sa’i 34, tinggal di alamat 353 Tempat 2, Mukim Beluka Samok Daerah Bacho, Wilayah Narathiwat telah ditembak dalam perjalanan dari Daerah Raman, Wilayah Yala menuju ke kampungnya. Keadaan mangsa parah akibat 3 das tembakan di bahu kiri.
dalam sawah ini Zulkifli, suami Baldatee ditembak mati
ibu yang terbunuh
anak yang terbunuh
NARATHIWAT – Pada 15 Februari 2010, jam lebih kurang 7.00 pagi waktu thailand, di Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Range, Wilayah Narathiwat, telah berlaku serangan orang yang tidak dikenali anatara 5-6 orang, menggunakan senjata M16, menebak mati 2 orang kampung (ibu dan anak perempuan) sedang menoreh getah. Ibu tersebut bernama Che Max Hayae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun). Selepas itu jam lebih kurang 6.00 petang waktu thailand, di Kampung yang sama seorang lelaki bernama Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) sedang menggambil getah beku lalu ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Sebelum ini suami perempuan yang bernama Bardatee Laboor telah dibunuh.
sebelah kiri anak Bardatee berusia 3 tahun dan sebelah kanan
berusia 14 bulan .. anak yatim ini kehilangan ayah dan ibu
serta nenek
kematian tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani
-Sulaiman Naesa, 25 tahun telah ditangkap pada 22 Mei 2010. Menurut kenalan arwah, pada jam 9 pagi 30 Mei, keluarga arwah telah menerima panggilan dari kem tahanan yang memaklumkan kematian arwah adalah disebabkan membunuh diri. Arwah dikatakan telah menggantung dirinya dengan tuala hingga mati. Pihak keluarga arwah kemudiannya segera memaklumkan hal tersebut kepada NGO tempatan untuk menjadi saksi dalam siasatan kes kematian Sulaiman.
Arwah merupakan seorang tukang rumah yang juga merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pihak keluarga arwah telah datang ke kem tahanan pada 27 dan 28 Mei tetapi tidak dibenarkan untuk menemui Sulaiman. Pada 29 Mei pula, Sulaiman dibenarkan menemui keluarganya tetapi Sulaiman tidak bercakap apa-apa. Wajah Sulaiman kelihatan sangat letih dan ketakutan.
-Keluarga Sulaiman berkata, mayat Sulaiman telah digantung di bahagian leher dengan tuala di jendela. Terdapat banyak kesan luka di seluruh badan arwah. Di bahagian leher, dada dan perut arwah pula terdapat kesan dicucuk dengan jarum. Bapa arwah meminta pihak kem tahanan memberi bukti yang kukuh berhubung kematian anaknya memandangkan tiada bukti kukuh Sulaiman mati disebabkan bunuh diri.
Membicarakan penindasan yang dialami oleh kaum Muslimin, kita selalu mengingat negeri-negeri yang jauh. Seperti bangsa Palestin, Afghanistan, Irak, Chechnya, Pakistan, Darfur atau Sudan. Tapi rupanya, saudara sendiri yang tak jauh, bahkan hampir di pelupuk mata dekatnya, nyaris dilupakan.
Patani Darulsalam-Palestin ke 2 di asia-Apabila sejengkal sahaja bumi org islam di cerobohi org kafir maka WAJIB lah org islam di dalam negeri itu memeranginyasekiranya org2 islam di dalam negeri itu tiada keupayaan makaKEWAJIBAN itu akan berkembang dalam bentuk bulatan kepada org2 islam yang berdekatan..dan org2 islam yang berdekatan dengan negeri patani itu ialah Negara kita Malaysia.adakah kita peduli nasib saudara2 kita di sana?………………
Sumbang lah sedikit dana untuk saudara2 kita di patani
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.
(sila maklumkan jumlah sumbangan kepada HOTLINE AMANI (AMANPATANI) 019-4131472 selepas kemasukan sumbangan kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi PUMPP yang turut digunakan untuk badan-badan lain di bawah PUMPP)
Aman Pattani(AMANI),
d/a Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth, Pulau Pinang
Tel Pejabat: 04 3980527.
HOTLINE AMANI 019-4131472
klik untuk kisah tragis di negeri Patani darulsalam…
http://www.tranungkite.net/v10/modul…er=asc&start=0
mengapa mereka berjuang?
# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.
# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.
# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.
# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.
# Kelima yakni yang terakhir, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem’Buddha’kan orang-orang Melayu di Pattani. Di sinilah letaknya titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia.
Credit dari forum CG
Label:
Bangsa
Langgan:
Catatan (Atom)