Ahad, 19 Jun 2011
Kebersihan Amalan Mulia
SAMM adalah pertubuhan yang di ketuai oleh CheGu Bard mengajak semua rakyat Malaysia yang cintakan kebersihan luaran dan dalaman baik untuk diri dan negara agar dapat bersama-sama menghadirkan diri pada Sambutan Hari Bersih 2.0 pada 9 Julai 1432 Hijrah.
by Penarik Beca
Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.Khalid taklah kata, tetapi nampak kenyataan dia seolah-olah nak ambil tindakan kepada kedua-dua pihak, yang menyokong dan menentang Bersih. Saya tak percaya puak lawan Bersih yang ugut tentang pertembungan serta memberi amaran tentang bakar kereta dan baling batu akan diambil tindakan tegas (kerana mereka PERKASA dan PEMUDA UMNO..balaci pemerintah.) dalam kurungan kenyataan dari aku.
Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.
Bunuhlah! Tangkaplah!
By Wfauzdin
Kesempatan bertemu dengan Chegu Bard, saya membeli dua helai baju BERSIH yang dijual oleh Chegu Bard di bawah SAMM dengan harga RM 15 sehelai. Baju amat baik dan mempunyai design yang menarik. Oleh kerana harga yang berpatutan, saya dapat membeli dua helai.
Saya dapat maklumat AMK pula menjual dengan harga RM25 sepasang. Saya tak tahu pihak Penganjur BERSIH menjual baju tersebut berapa pula harganya. Saya rasa harga RM25 sehelai teramat mahal apatah lagi ianya bertujuan untuk menjayakan program BERSIH.
mengapa masih ada yang nak menangguk di air yang keroh...kena bersih juga puak2 nie.
Label:
bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan