nuffnang

Pages

Jumaat, 15 April 2011

Raja Petra bodohkan Najib dan PDRM.

YUSMADI YUSUFF: SIASAT SEMULA KES ALTANTUYA

Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam
mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan
mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi
Yusuff.

TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

Namun menurut Yusmadi yang juga Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa yang lebih penting di sebalik temu bual itu ialah pendedahan terbaru Raja Petra mengenai beberapa individu
yang boleh membantu siasatan kes kematian misteri model Mongolia, Altantuya
Shaaribu.

“ Ya memang nama Anwar Ibrahim cuba dikaitkan, ini punya kaitan langsung dengan implikasi atau impak terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kali ini tetapi yang lebih penting di sini ialah temuduga itu telah dibuat sudah lama di Australia. Kenapa ia disiarkan pada masa
ini?,"soal Yusmadi.

Yusmadi berkata kenyataan Raja Petra bagaimana pun harus mengundang polis untuk membuka semula siasatan mengenai pembunuhan Altantuya.

" Tapi saya sebagai peguam melihat ini sebagai isu undang-undang dan isu jenayah yang perlu ditangani secara jenayah walaupun cuba dimanfaatkan oleh pihak Barisan Nasional dan TV3 untuk kepentingan politik. Yang penting ialah untuk keadilan kepada mereka yang terlibat dan pihak polis perlu membuka kertas siasatan bagi merungkai banyak persoalan dalam tragedi ini yang
menyebabkan kematian seorang warga Mongolia,"katanya.

Semalam dalam temu bual Tv3, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Namun beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu bersandarkan maklumat yang diterima daripada beberapa pihak.

“ Kenyataan Raja Petra berdasarkan interview yang dilakukan di Australia menunjukkan satu perkara yang amat memeranjatkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis kerana ia merujuk kepada apa yang saya lihat sebagai keterangan baru kerana nama-nama yang disebut atau bukti-bukti yang disebut seperti mereka yang kononnya mempunyai maklumat yang relevan untuk kes Altantnya. Antaranya nama-nama seperti leftenan kolonel yang dikata mempunyai maklumat.

" Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah terutama sekali untuk mahkamah menilai terutama sekali apabila kes Altantuya ini untuk rayuan untuk mereka yang tertuduh yang telah
didapati bersalah,"jelas Yusmadi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya memberi wawancara kepada TV3 untuk menarik perhatian polis supaya menyiasat kandungan kenyataan bersumpahnya pada Jun
2008.

Akuan bersumpah itu dibuat berasaskan maklumat yang diyakini dimiliki oleh perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera ketika Altantuya dibom di Puncak Alam, Shah Alam.

Menurut Yusmadi, nama-nama seperti Lt Kol Azmi Zainal Abidin, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan Din Merican yang disebut Raja Petra adalah penemuan terbaru untuk merungkai misteri kematian Altantuya.

" Jadi di sini adalah wajar dan perlu untuk pihak polis dan pihak bertangungjawab membawa
keterangan-keterangan tersebut untuk dinilai oleh mahkamah. Dan kerana kita tahu sehingga hari ini pihak berkuasa iaitu kedua orang polis UTK itu, bahawa mereka tak bersalah dan isu besar yang menjadi tanda tanya ialah isu motif,” kata Yusmadi.

“Apakah motif sekiranya melakukan pembunuhan tersebut. Jadi kenyataan Raja Petra itu perlu dilihat secara serius bahawa ada mereka-mereka yang punya maklumat yang boleh membantu polis dan perlu siasatan itu dibuka semula,"katanya lagi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini juga turut mengakui risiko Tv3 kerana memutarbelitkan wawancaranya dan tidak menyiarkannya secara penuh.

Kes kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu pada Oktober 2006 mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Dua tertuduh yang dijatuhi hukuman Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar masih menunggu rayuan.-tvs



<object style="height: 390px; width: 640px"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/QBslOyX8J4Q?version=3"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/QBslOyX8J4Q?version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="390"></object>

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut