nuffnang

Pages

Sabtu, 15 Januari 2011

Melayu Bangsa Terpilih Di Akhir Zaman

Sang Saka Tanah Melayu

  

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."al-baqarah ayat 30

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
al-baqarah ayat 31

“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.”Surah Yunus, ayat 19


Assalamualaikum kepada pembaca...berikut adalah sedikit sebanyak pembacaan yang berguna agar minda kita lebih terbuka mengenai apa asal usul kita terutamanya melayu..apakah ketuanan melayu itu...diharap,pembaca dapat membaca dengan minda yang terbuka(open-minded)..

Melalui surah-surah yang terdapat diatas,itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.

Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.

Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.


ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.

Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih.

Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s.


ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT (Harus di ingat formula ini)

Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.

Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.

Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya.

Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.

Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina.

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.

AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.

Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini?
Artikel diatas ini menerangkan tentang wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.

Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.

Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan selamat.

Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar.

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.

Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di namakan sebagai ‘light and dark’. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.

Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.

Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi, sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?

kesimpulan dari pada artikel diatas adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan 'fallen angle' yang harus di pimpin.

2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni

a) kedatangan 'fallen angle' dan pencampuran genetik yang tidak seimbang
b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna
c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan 'dewa-dewa'
d) era pemisahan 'light and dark' (dewa pengurus dan dewa keduniaan)
e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)
f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM?


ERA ADAM

"Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah"
Surah Yunus, ayat 19

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama.

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; 'ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya'.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi 'dewa-dewa' tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA.

Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni 'CAHAYA/LIGHT' yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan 'GELAP/DARK' yang mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu"
Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di 'bersihkan' dan kehidupan baru kini bermula.


ERA ADAM - ERA LIGHT and DARK


"Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya"
surah al- an'am ayat 123

"Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu."
surah al-an'am ayat 165

Daripada 'hikmat' chanelling saya yang ada, saya cuba 'mengintai' apa yang ada di sana. Daripada yang saya tahu,pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi sebenarnya bukan. TELEPATI adalah 'jurus' komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati semata-mata.

OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan sebagai 'catalyst' untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas air, jadi pokok atau sebagainya.

Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, yang tidak boleh ini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai 'keajaiban' mereka. Maka, terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya.

Ada yang menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan 'penduduk' zaman itu pun tidak berkomunikasi mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA atau LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
(http://www.travelblog.org)

Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk "EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY". Dalam buku EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.

PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.

Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari 'the lost world'. Akhirnya, CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai AMERIKA dan mengelarkannya itu sebagai 'the lost world'. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.

DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana 'the lost world', 'solomon mine', 'asal keturunan FIRAUN' dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.

Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana?!
Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria, mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki 'mesin waktu' dan kembali 'hidup' di ERA ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan kepada anda. Saya hanya 'tourist guide' di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu 'lost', sebab itu kena 'gali' kembali).


DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA


"katakanlah: "Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan ?"
surah yunus ayat 34

"Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu."
surah yunus ayat 94

Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan "apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di langit dan di bumi?"

Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah "SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA"

Saya tahu, memang ramai yang belum 'open-mind' dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada tegaskan mengenai sikap muslim kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah, mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan 'Jangan cabar Tuhan?". Apaka Tuhan itu tercabar?
Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNyA DIA dalam memberi keizinan.

Perkara paling penting di sini adalah;
1- DIA itu 'laisa kamislihi syaiun' (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan)
2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan pun, kekuasaanNYA tetap tidak di jangkau)
3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA

Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku atas fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah lupakanNYA.

Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah 'hari pembersihan' itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang 'syurga' di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.

Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol tertentu.

Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia. Mereka inilah di sebut sebagai 'Serpent' atau 'shape-shifting'. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era
LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan menjadi raja di ketamadunan lain.

Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjayamenyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia akan tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di berikan kepada mereka. Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda muhammad s.a.w

Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda muhammad akan tetapi tidak lah berakhir ilmu mereka itu, bahkan di katakan mereka ada di kalangan kita...mereka inilah ada yang memanggilnya 'wali-wali ALLAH' yang hidupnya cukup panjang. Wallahuaklam.


PETA BERLAPIS DUA

"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
al-baqarah ayat 29

"...Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya;
Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
surah al maidah ayat 17

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-naik daripada kedua alam ini. Meskipun demikian, tidak semua yang dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi. Saya pernah bermimpi tentang kayangan ini.Di dalam mimpi itu, saya melihat seolah-olah refleksi daripada permukaan bumi di langit sana. Agak tergaman ketika itu. Sungguh menakjubkan. Bagaimanapun, saya abaikan perihal mimpi itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM- takkan hilang di dunia ini.

Tanah Kayangan ketika itu cukup hampir sehinggakan boleh turun-naik tapi, akhirnya, tanah itu semakin jauh dan jauh. Hal ini boleh di kaitkan dengan hukum fizik -teori big bang, di mana, alam universe semakin menjauh. Saya ada menemubual dengan seorang tua yang agak hebat juga sufinya. Dia mengatakan, bintang-bintang di langit itu adalah perhiasannya dan dia menanya saya tentang definisi 'hiasan' yang telah di sebut dalam QURAN.

Maka, saya menyebut hiasan itu adalah dekorasi atau sesuatu untuk mencantikkan. Kemudiannya, beliau mengatakan itulah cahaya lampu-lampu di dunia kayangan. Saya terkejut seketika dan amat sukar untuk terjemahkan kata-kata itu. Biar apapun, bentuk kayangan, saya tahu bahawa terdapat komunikasi di antara dua alam ini.

Atau, kayangan itulah langit-langit yang di ciptakan oleh ALLAH yang di huni oleh penduduk langit sebagaimana yang telah kita ketahui selama ini. Biarapapun misterinya, yang pasti, di 'atas' sana terdapat penduduk sebagaimana kita juga di muka bumi ini.


ERA KEHANCURAN - PELAYARAN NOH

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu"
surah al-an'am ayat 6

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, di khabarkan bahawa bumi ketika itu harus di 'bersih'kan demi kesejahteraan ADAM - manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah 'lari' dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.

Bahtera NOH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini.Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya.

Di atas bahtera itu, NOH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika di selidiki, NOH lah yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun.

Persoalannya, besar manakah BAHTERA itu?
Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia mengatakan bahawa, besarnya bahtera noh itu adalah sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-bukit tempat bernaungnya haiwan-haiwan. Saya soal lagi, 'apakah itu tanah yang terapung?'. Orang tua itu menjawab; "tidak. Ia adalah bahtera dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu kaum hasil dari transformsi UMAT YANG SATU itu."

Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah NOH adalah 'raja lautan' dan waris NOHlah yang mewarisi ilmu segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia tengah, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya,perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti manusia zaman Era ADAM.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NOH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NOH itu? Owh ya, tadi saya katakan tentang, wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu bukan?!

Definisi untuk bangsa ialah, suatu kumpulan manusia yang mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri wajah dan ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat NOH. Bangsa itu adalah bangsa MIM...?!


PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang di dunia

Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata.

Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain."
Ayat 6 surah al-anaam

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!

Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.

Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU SEGALA ini.

Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik
'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.

Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.

Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.

DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINI BERAKHIR

"Takkan MELAYU hilang di DUNIA"
hang tuah


Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.

Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada 'matinya' dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.

Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai 'the lost tribe'. Kalau sudah 'lost' bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA...jangan bimbang, inilah di katakan 'MASA SUDAH TIBA'. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai 'apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya'.

Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
"Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

APA ITU MELAYU?


Untuk mengetahui adakah melayu itu adalah bangsa MIM, kita harus mengetahui 'status' MELAYU itu. Di dalam perlembagaan MALAYSIA, di sebut istilah melayu itu adalah; "Orang Melayu yang tinggal di tanah MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadat MELAYU dan beragama islam". Jadi, apakah definisi MELAYU ini sebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagai ORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM. Jadi, inilah "key point" yang di berikan oleh mereka di era kemerdekaan MALAYSIA. Kalau kita menyebut bangsa cina, kita akan menyatakan seperti ini "Orang cina yang memiliki kulit kuning langsat, mata sedikit sepet, dan berasal dari tanah besar Cina."

Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Di dalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa "MALAY WORLD". Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagai buku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Dunia melayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-

-Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)
-Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)
-Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu ini terbahagi kepada:-

-Semenanjung tanah melayu
-tenasserim
-nicobar island dan keatas
-kepulauan Filipina
-Kepulauan Solomon dan ketimur

dan jumlah secara keseluruhnnya 'ex-pentas sunda' ini adalah lebih besar dari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertama memperkenalkan konsep 'the malayan nation, the malay race' berdasarkan falsafah 'romantik', teori sosial dan biologi eropah. Pada saat inilah konsep 'divide and rule' menjadi 'rasmi'. Takkala itu, tiada lagi empayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada lagi negara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiap tanah jajahan.

Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit di Australia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsa serta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain, mereka akan gunakan BAHASA MELAYU. Jadi, dari mana pula datangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa di nusantara bertutur serta pertahankan bahasa 'kebangsaan' mereka?

Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasa VEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasi bangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet dan memperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA HANIF. Dek kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidak menyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalah hasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagi kesesatan telah berlaku.

Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka di sanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai 'universiti' dalam pengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhan IBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi ini mengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat 'islam'.

Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar dan kerana itulah di dalam buku teks sekolah, anda akan dapati bahasa melayu pernah menjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah bahasa dunia! Bayangkan bahasa inggeris yang ada banggakan itu di ganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan? Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu dengan bahasa dan bangsa sendiri.

Jadi, definisi Melayu ialah "Bahasa penyatuan yang menyatukan rumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu"


MELAYU ITU BANGSA MIM?


Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang sentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiap umat ada umur/matinya)

Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA, melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi. Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang kerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut". Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu mengenai rahsia di bumi melayu ini.

Saya pernah terbaca satu artikel secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka datang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapi kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan keewangan serta perundangan?

Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu; kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi, asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.

Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya. Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah MIM?!

Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di jadikan dengan tidak sia-sia.


BUKTI - BUKTI LAIN


Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jika sesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak di sukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islam telah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti saya katakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggi pangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalki avatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalam rig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini.

Takkala itu berlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima kerana mereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam juga melahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat di sanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawan dan 'sultan' dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapi hairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaran mereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan 'kaum muda' pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para 'kaum tua' dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai itu

Bukti lain adalah bentuk 'zakar' yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jika di lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk 'zakar' atau 'tanduk' ini. Selain itu juga, bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatan dan bercantum dengan 'tubuh badan' dan terjadilah tanah melayu. Jadi, apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quran ada menyebut banyak kali tentang 'berfikir' dan melihat tanda-tanda di sekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.

Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi mereka ini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkan pertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagi fasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidak dapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah 'sleng' inggeris singapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!

Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah di dalam 'melayu'. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orang arab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku 'melayu' tapi berang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu, anda akan dapat membentuk prinsip 'menerima dan memberi' di dalam persekutuan melayu ini.

Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala 'divide and rule' berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang mana frasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidak wujud. Yang ada hanyalah melayu. Cukup sekadar melayu kerana melayu itu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpun etnik dalam dunia melayu.

Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalah singapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruh nusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuan ini akan bangkit kembali.


KAITAN DENGAN MASA DEPAN


"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh

Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki bantera lantas di gelar 'ahli rumah'. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat di selamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsa yang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUH a.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawa hinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas oleh mereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah 'tiada daulat' dan islam umpama 'buih-buih di lautan'.

Pernah dengarkah frasa 'masuk jawi'? Frasa ini adalah perlambagaan tentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikan oleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantas membentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa "masuk islam, masuk melayu". Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dan tiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikut akal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logik akal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaan apakah ini? Anda sendiri yang jawab.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”

Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali. Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.

Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu khalifah itu apa? Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk 'menguasai' yang lainya seperti jin, malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. Khalifah SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.

Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus 'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin itu?

TA MIM

Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud 'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

TA = tanah,
MiM= Melayu
Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.

Kenapa tanah melayu saja?
Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah 'tanduk'/'Zakar'/'jantung' bumi ini.

Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain. Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan.

Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-

-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling 'advance' di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.

MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMA BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.

Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.

Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.

Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.

Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.

Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di 'makan' lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.

Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya 'perang' di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan 'ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan". Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.


Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas
PENGAKHIRANNYA

Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.

Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.

Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan "UiTM benteng melayu terakhir". Fahamkah mereka apa yang mereka war-warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam, Tibetan, Aryan dan lain-lain).

Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak mempertahankan kemelayuan? Apa yang pasti mereka semua mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10 tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina, Thailanda dan sebagainya.

Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu, kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya"
ayat 34 surah al-araf

Pilihan di tangan anda. Anda mahu memilih untuk menjadi negara bangsa atau menjadi nusabangsa berNUSA-Antara (bermaksud; international/universal). Itu adalah pilihan anda. Saya hanya memberi sedikit bukti yang saya ketahui dan saya yakin terdapat banyak lagi bukti di luar sana. Ini belum lagi di tambah dengan kenapa gempa bumi berlaku di janda baik dan sekitar pahang serta baru-baru di negeri sembilan. Kepada mereka yang telah membaca dan menganalisa teori FUTURE PHENOMENON dari saya, sudah pastinya kalian akan dapat melihat kenapa ianya berlaku dan kenapa di timur.

Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.

-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa 'jin tak jin, manusia tak manusia'...Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!

-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh (kisah unta)

-1435 Hijrah adalah tarikh 'akhir' seorang reformer atau mujaddid harus 'muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang 'fighter' berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang 'melayu', tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu. Ini semua akibat 'kebebasan beragama'. Maka taniah saya ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana ini tidak pula mereka kata itu adalah 'amaran' dari ALLAH. Tidakkah mereka berfikir?!

-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!

Apa yang pasti, seorang 'melayu' itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.

IHSAN adalah 'engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.". Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang 'melayu islam' itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya. Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU.

Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah."
Surah Hud ayat 75


AKHIR KATA


Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak menyampaikan, ia akan memberatkan saya.

Definisi yang harus anda faham adalah:-

Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.

Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.

Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra, borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.

Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang (mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal, sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.

MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.

Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di nusantara ini adalah seperti berikut:-

"Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa penantara"


Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

"Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di 'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.

Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah' pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masa depan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliran perekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.

Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia."

Demi 1431 hijrah yang jatuh pada hari jumaat serta tahun 2010 yang juga jatuh pada hari jumaat dan bertajul mulukkan 'air', maka kita akan lihat bangsa 'air' akan mengambil alih bintang 'ikan' kepada 'balang berisi air' ini. Jika mahu berjaya, sistem maritim adalah kekuatan nusantara ketika dulu. Pelabuhan dunia adalah gelaran kita. Selain itu, wujudkan juga keilmuan lama yang di beri nafas segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan tiada lagi 'jin belaan' akan di gendong. Wujudkanlah juga sains islam yang tidak langsung memandang barat yang hanya percaya pada tuhan fizikal. Kita berspiritual dan berfizikal dan kita adalah sempurna kerana kita memiliki kedua-dua elemetn. Jika ini berjaya, nanti lihatlah kenyataan "cacat seorang lelaki itu jika tidak dapat berjalan atas air dan terbang" akan menjadi kenyataan.

Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita 'superpower' seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu, lantas mereka akan memotong lalu berkata "kau banyak tengok movie ni". Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka, fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang lama. Maka, ianya hanyalah 'tool' untuk anda untuk mempercayai bahawa kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita bertaraf 'Harry Potter'.

Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri. Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan analisalah klue dan 'tools' yang saya berikan ini agar kebangkitan islam kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya
Sumber: http://nusanaga.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut