nuffnang

Pages

Sabtu, 9 Julai 2011

ISLAM vs MELAYU ?

MELAYU
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang


source: cenangau



PUISI BISA nukilan Tokoh Sasterawan Melayu ISLAM


Peludah Warna Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A Samad Said

Isnin, 4 Julai 2011

BERSIH 2.0 : Jalan Raya ke Stadium?

APA GUNA KITA KE STADIUM KALAU JALANRAYA ADALAH TEMPAT SEBENAR UNTUK BERARAK.

DI JALANRAYA LAH TEMPAT KITA MERAYAKAN SAMBUTAN HARI BERSIH PERINGKAT NASIONAL.

PEDULIKAN AHLI PATRIOT YANG BODOH DAN BAHALUL ITU. 

PEDULIKAN SEMUA UGUTAN DAN ANCAMAN DARIPADA PESILAT TAJAAN UMNO. DASAR ANJING PENJAJAH (UMNO DAN  BN).


AYUH KITA SEMUA ANAK MUDA DAN GOLONGAN TUA  KITA RAYAKAN SAMBUTAN HARI BERSIH 2.0 PADA 9 JULAI 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH.


KUALA LUMPUR 4 JULAI : Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreeneevasan berhasrat mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai ini jika diminta berbuat demikian oleh Seri Paduka Baginda.

"Bersih 2.0 akan mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak mengadakan dialog bagi mencari konsensus bersabit pembaharuan proses pilihan raya dan penyuburan demokrasi di Malaysia," kata Ambiga.

Berikut kenyataan penuh Ambiga :
BERSIH 2.0 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas sokongan baginda terhadap aspirasi rakyat jelata untuk reformasi sistem pilihan raya.
BERSIH 2.0 memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk rekonsiliasi nasional.
Menurut Ambiga, satu surat rasmi akan dihantar ke Istana Negara hari ini bagi menjelaskan hasrat Bersih mengadakan pertemuan dengan Tuanku Mizan.

Ditanya pemberita sama ada beliau bersedia membatalkan perhimpunan aman pada Sabtu ini jika diarah berbuat demikian oleh Tuanku, Ambiga berkata, pihaknya akan akur dengan kehendak Seri Paduka Baginda.
Dalam kenyataannya semalam Tuanku Mizan menyeru semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan negara susulan ketegangan yang tercetus akibat penangkapan hampir 200 orang termasuk enam ahli pembangkang di bawah Ordinan Darurat.

Baginda juga menggesa supaya kerajaan yang memerintah melaksanakan tanggungjawabnya secara adil dan saksama dan tidak mahu mana-mana segmen masyarakat bermusuhan dengan kerajaan.

“Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun,” titah Tuanku.

Setiap kekejaman (harus) mempunyai tarikh luputnya, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merujuk nilai demokrasi di negara ini yang kian terhakis lantaran pelakuan polis dan ketakutan pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0. “Saya khuatir kalau dibiarkan terus, akan menjadi negara polis.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), CheGuBard menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berfikiran dangkal apabila tidak tahu membezakan sebuah pertubuhan dengan satu siri kempen.
Ia berikutan Hishammuddin semalam mengisytiharkan himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini sebagai satu pertubuhan haram.
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman semalam mengumumkan perisytiharan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.
“Hishamuddin perlu jelas apa itu pertubuhan dan kempen, Bersih bukan sebuah pertubuhan tetapi kempen yang menuntut pilihan raya bersih.
“Jika dulu pada 2007, kita mengadakan Bersih, mereka juga mengeluarkan kenyataan yang sama dengan mengatakan haram.
“Mereka sekarang bukan bercakap atas kerangka undang-undang tetapi atas kerangka politik,” kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Kata beliau, Bersih tidak memerlukan pertubuhan kerana ia diangkat atas gabungan pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sedangkan Patriot boleh disifatkan sebagai pertubuhan haram.
“Dalam Bersih, kita hanya tuntut lapan perkara dan memakai baju kuning, tidak perlu mengepung dan membuat kecoh seperti Patriot,” ujarnya.
DARIPADA AKU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut