nuffnang

Khamis, 12 Mei 2011

Nak berjuang tapi takut ke bini bukan takut kepada Allah.

Akhirnya Najib akui bahawa partinya tidak bersatu,dan masih mengamalkan budaya berpuak-puak dan cantas mencantas,untuk itu Datuk Seri Najib Razak menggesa kepimpinan parti itu agar bersatu dan membuang politik berpuak-puak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.Dalam ucapan Majlis Sambutan Hari Umno ke-65 di sini malam ini, Presiden Umno itu berkata, sebagai sebuah parti keramat di Malaysia, Umno harus melakukan perubahan lebih besar untuk terus mendapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
“Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu?

“Apakah kita sudah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk rakyat? Apakah kita rajin turun padang? Dampingi rakyat? Adakah kita dekat di hati rakyat? Belum... belum lagi, jadi sambutan ulang tahun 65 ini kita mesti berikrar untuk dekatkan diri dengan rakyat sebagai pemimpin Umno.

Kalau Umno bersatu, apatah lagi orang Melayu pegang Umno parti keramat, Umno itu Melayu, Melayu itu Umno... kalau semua sudah sedar yang mana ada kekurangan kita perbaiki sebab kita tidak mahu sejarah kita berakhir,” katanya di sini.


p/s : Perjuangan untuk mengaut hasil bumi,saham,wang kerajaan dan mengayakan anak beranak dan kroni supaya dapat terus menerus membodohkan rakyat dan menindas rakyat.

Lahanat ini masih lagi berangan-angan untuk mengekalkan kuasa tanpa menyedari bahawa rakyat semakin muak dengan ungkapan dan kata-kata yang basi daripada parti UmporNo ini.

Sesungguhnya Allah melaknat perjuangan menabur fitnah dan mengadu domba.


Perjuangan sebenar adalah mengangkat Agama Islam dan menjunjung kehebatan Al-Quran dan memartabatkan sunnah Rasullullah SAW.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut