nuffnang

Pages

Sabtu, 25 Disember 2010

FAHAMAN IKUTAN YAHUDI,NASRANI DAN MAJUSI.

Saturday, December 25, 2010

BILA PENDIDIKAN SEKS DIAJAR PADA MURID TAHUN SATU

بسم الله الرحمن الرحيم

PUTRAJAYA: 30 Nov. Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari depan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.

“Pengetahuan mengenai pendidikan seks itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan,” katanya. Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.




















Note: Kah..kah..kah..kah... Bujang oiii... lembu tak payah ajar dia mengentot pun dia dah pandai.. Kah..kah..kah..kah.. Mak bapak kita dulu pun tak payah belajar seks kat sekolah pun berbelas dapat anak... Kah..kah..kah..kah.. Ni la akibatnya bila hukum manusia lebih diyakini lebih dari hukum Allah. Inilah akibatnya bila yang tak bijak dan tiada pendidikan agama ditugaskan menangani kepentingan umum. Sepatutnya terapkan secukupnya kefahaman agama kepada anak-anak dari tahun satu lagi. Pertekankan tentang dosa pahala serta balasan di hari akhirat nanti. Elakkan mereka dari bercampur lelaki dan perempuan. Bukan ajar mereka cara menggunakan kondom.. Kah..kah..kah..kah.. Hancur 1 Malaysia kerana diperintah si bodoh... kah..kah..kah..



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut