nuffnang

Pages

Selasa, 7 Disember 2010

Bapak HAMKA ~ Wahyu

Posted on December 7, 2010 by gunungstone
Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud.

Pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti ‘qadr’ itu ialah ‘kemuliaan’.
Kedua, bermaksud ‘penentuan’ kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuh oleh Rasulullah SAW dalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan Nabi didalam gua Hira. Pada malam itu manusia diberi kemuliaan, dikeluarkan dari zulumat atau kegelapan kepada nur atau cahaya petunjuk Allah.

Jika diberi erti penentuan, bermaksud malam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid.Penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam (Hamka, J. 10, hlm. 8068). Malam yang membawa lembaran baru, turun wahyu ke dunia setelah terputus sekian lama.

Apabila dikaitkan dengan menghidupkan malam Lailatul Qadar dapatlah diambil kesimpulan bahawa semua ibadat tersebut mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri. Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar, seperti yang disebutkan (kata kawan saya) di atas, dapat lihat kejadian yang ganjil-ganjil… Yang menurut Hamka ‘semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggung jawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya’.

Mengikut Anas dari nabi menyatakan, bahawa Allah SWT telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya. Keistimewaan lain berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh’ ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi, sibuk dengan urusan Allah SWT untuk mengucap `salam’ kepada orang mukmin. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad SAW sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat hal ini, mereka bertasbih memuji Allah SWT justeru bersyukur kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad SAW. Pada malam tersebut Allah SWT telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Mengenai Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan itu, adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah SWT. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya Al-Quran (Hamka, hlm. 8071).

Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula Al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu. Iaitu, memperingati dan memuliakan malam Al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.

Yang elok jadikan sandaran yang buruk jadikan batasan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut